fbpx

Jana Wibawa: Kes Adam Radlan dibenar dibicara bersama di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam Radlan dan Rajan ketika di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum ini.

SHAH ALAM – Dua pertuduhan rasuah dihadapi Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad di Mahkamah Sesyen di sini dibenarkan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kedua-dua pertuduhan menerima suapan itu masing-masing RM2 juta dan RM2.1 juta berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Adam Radlan, 42, mempunyai tiga pertuduhan melibatkan meminta suapan 3.5 hingga tujuh peratus nilai projek selain meminta RM2 juta dan menerima RM500,000.

Kebenaran pemindahan itu diputuskam Hakim Rozilah Salleh selepas permohonan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Maziah Mohaide dan Mohamad Fadly Mohd Zamry.

Jaminan dan syarat tambahan bagi kes-kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur turut dibenarkan dengan sebutan kes ditetapkan pada 29 Mei depan di hadapan Hakim Azura Alwi dan Suzana Hussain.

Pada prosiding itu, Maziah menyatakan mahkamah mempunyai kuasa untuk memindahkan kes mengikut Seksyen 99 A, 104 akta Mahkamah Rendah 1948 dan jadual 3(2) akta sama.

“Kes di mahkamah ini merupakan lanjutan berkaitan kes sama di Kuala Lumpur. Maka, jika kes dipindahkan, ia tidak memberi prejudis kepada tertuduh,” katanya.

Bagi Mohamad Fadhly pula menjelaskan pertuduhan di Shah Alam dan Kuala Lumpur merupakan satu transaksi yang sama kerana ia melibatkan syarikat, pertuduhan serta saksi sama.

Peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam, yang mewakili Adam Radlan tidak membantah permohonan berkenaan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI