fbpx

Harga bilik hotel di Mekah cecah RM4,000 semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Foto AFP

MEKAH – Sektor perhotelan di kota suci Mekah menyaksikan kebangkitan ketara apabila mencatatkan kadar penginapan mencecah 100 peratus sepanjang 10 hari terakhir Ramadan sekali gus angka tertinggi selepas pandemik, lapor portal berita Saudi Gazette semalam.

Pengurus sebuah hotel di kejiranan Aziziyah, Bassam Khanfar berkata, tahun 2023 berlaku peningkatan dalam jumlah jemaah umrah dengan kadar penginapan kembali ke tahap prapandemik.

Peningkatan itu terutamanya didorong kemudahan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada jemaah umrah dari luar negara dengan pelabur dan pemilik hotel segera mengambil kesempatan untuk membuka hotel mereka.

Kata Bassam, berdasarkan taburan geografi hotel di Mekah, adalah jelas bahawa rangkaian pengangkutan baharu telah membantu pengusaha hotel di luar pusat bandar mendapatkan kapasiti penginapan yang sama seperti rangkaian hotel berhampiran Masjidil Haram.

Beliau berkata: “Salah satu sebab paling utama untuk jemaah memilih tempat penginapan di luar kawasan pusat bandar adalah kerana harga hotel berhampiran Masjidil Haram sangat mahal.”

Pengarah Jabatan Komersial di Address Makkah Hotel, Hani Najah berkata, jemaah umrah terutamanya tertumpu di kawasan tengah sekitar Masjidil Haram.

Bagaimanapun, tambahnya: “Projek Bas Mekah membolehkan jemaah umrah memilih hotel yang terletak di kawasan lain di Mekah dengan bas menghubungkan kawasan ini dengan Masjidil Haram. Ini telah membantu memulihkan kawasan tersebut, terutamanya hotel di bawah taraf empat bintang.”

Harga untuk bilik yang mempunyai pemandangan adalah antara SR4,000 (RM4,683) hingga SR10,000 (RM11,709) satu malam untuk hotel lima bintang. 

Harga purata setiap bilik adalah antara SR2,500 (RM2,927) hingga SR3,000 (RM3,512) dan antara SR800 (RM936) hingga SR1,100 (RM1,288) untuk hotel lima bintang serta empat bintang di luar kawasan tengah (jauh dari Masjidil Haram)

Pakar sektor pelancongan dan hotel, Arwa Al-Ahmadi berkata: “Kadar penginapan pada tahun ini sangat tinggi. Kadar penginapan di sebilangan hotel mencecah 100 peratus, peratusan yang dihalang oleh pandemik Covid-19 pada tahun-tahun lepas.

Al-Ahmadi berkata bahawa kota suci itu menempatkan lebih 1,400 hotel dan  menambah, tren Haramain serta bas percuma dari lapangan terbang telah membantu memudahkan pengangkutan jemaah serta mengurangkan kesesakan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI