fbpx

Lelaki Indonesia loloskan diri direman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENG YEOW menunjukkan gambar kedua-dua suspek yang ditahan pada malam kelmarin dan pagi semalam sekitar Kulai.

KULAI – Seorang tahanan lelaki warga Indonesia yang diberkas semula selepas meloloskan diri semasa dalam perjalanan ke Penjara Ledang direman empat hari bermula hari ini.

Permohonan reman sehingga Ahad ini dibenarkan oleh Majistret Mahkamah Kulai, Azureen Sahira Sauffee Afandi, hari ini.

Lelaki warganegara Indonesia berusia 40 tahun itu merupakan salah seorang daripada tahanan yang melarikan diri dengan melompat keluar daripada van ketika dalam perjalanan ke Penjara Ledang.

Haji Samirudin dan Riki Rinaldi yang berusia 36 dan 40 tahun melarikan diri dengan membebaskan diri daripada gari berantai sebelum melompat keluar daripada kenderaan ke dalam kebun kelapa sawit terbiar berhampiran Jalan Felda Inas menghala ke Sengkang, Kulai.

Sebelum itu, tahanan itu bersama empat tahanan warganegara Indonesia diiringi seramai tiga anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ( Maritim Malaysia) dibawa dari Mahkamah Kota Tinggi ke Penjara Ledang setelah selesai pertuduhan.

Kesemua tahanan warganegara Indonesia itu sepatutnya menjalani hukuman penjara selama enam bulan di Penjara Ledang setelah didakwa di Mahkamah Kota Tinggi pukul 8 pagi semalam bagi pertuduhan di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, susulan tindakan nekad melarikan diri itu, polis telah menjalankan Op Tutup di sekitar lokasi kejadian bagi mengesan kedua-dua suspek.

“Riki Ranaldi telah ditahan pada pukul 10.35 malam kelmarin di kebun sayur Sengkang, Jalan Felda Inas hasil maklumat orang awam.

“Sementara itu, Haji Samirudin pula ditahan di ladang kelapa sawit, Taman Saga pada pukul 10.30 pagi. Jarak antara kedua-dua lokasi ditemui tidak jauh iaitu dalam anggaran 1.5 kilometer,” katanya.

Tambahnya, ketika kedua-dua suspek itu diberkas, mereka tidak lagi berpakaian baju lokap sebaliknya memakai baju T dan seluar jeans yang dipercayai dicuri dalam keadaan mengalami cedera ringan dan lemah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI