fbpx

Cubaan dua lelaki curi kabel telekomunikasi gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki mencuri kabel berjaya ditangkap pasukan Polis Bantuan SESB. - FOTO IHSAN SESB

KOTA KINABALU – Cubaan dua lelaki mencuri kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi gagal selepas berjaya ditangkap pasukan Polis Bantuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam kejadian, semalam.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir Idris Mohd Noor berkata, kedua-dua suspek berkenaan ditahan berhampiran sebuah kondominium, di Jalan Tanjung Lipat kira-kira pukul 4 pagi.

“Pihaknya turut merampas peralatan yang disyaki digunakan untuk mencuri kabel elektrik. Suspek diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Idris memaklumkan susulan kejadian kecurian kabel milik SESB yang berleluasa sejak kebelakangan ini, Polis Bantuan SESB melancarkan operasi khas iaitu Operasi Kabel Elektrik.

“Intipan dan rondaan dilakukan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sering berlaku kejadian kecurian kabel milik SESB.

“Seramai 20 anggota Polis Bantuan SESB diketuai Pengurus Kanan Jabatan Keselamatan dan Risikan, Aszman Jaiman terbabit dalam operasi berkenaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI