fbpx

Bot karam: Wanita lemas, dua kanak-kanak hilang di Sungai Penawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba masih meneruskan pencarian mangsa hilang yang terbabit dalam kejadian bot karam si Sungai Penawan, Sapulut. - FOTO IHSAN BOMBA

SAPULUT – Seorang wanita ditemui lemas manakala tiga individu lain termasuk dua kanak-kanak dikhuatiri lemas dalam kejadian bot karam di Sungai Penawan, Kampung Sin-Singon kelmarin.

Mangsa lemas yang berusia 26 tahun ditemui oleh penduduk kampung kira-kira pukul 3 petang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihkanya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada pukul 1.14 tengah hari.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook dan Keningau termasuk anjing pengesan (K9) serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Nabawan digerakkan ke lokasi kejadian.

“Menurut maklumat awal dari pemanggil, terdapat lima mangsa terbabit iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dan lelaki berusia 36 tahun berjaya menyelamatkan diri.

“Dua mangsa yang belum ditemui iaitu dua kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia tujuh dan sembilan tahun,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak membuat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kaedah surface searching di sekitar kawasan bot karam.

“Penduduk kampung menemui mangsa wanita pada pukul 3.15 petang namun disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pencarian dua lagi mangsa yang memasuki hari ketiga dijalankan disepanjang sungai dengan anggaran pencarian sejauh tiga kilometer,” katanya.

Sementara itu, katanya ketika operasi pencarian dua lagi mangsa dijalankan, terdapat seorang lelaki berusia 38 tahun iaitu kumpulan orang kampung yang turut serta dalam operasi SAR terjatuh ke dalam sungai dan hilang.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika operasi SAR dijalankan membabitkan semua agensi dan orang kampung.

“Operasi SAR tiga mangsa diteruskan dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI