fbpx

KKM rangka pelan tangani masalah pengambilan gula dalam kalangan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha ketika mempengerusikan MKMPK ke-16 di ibu pejabat KKM di Putrajaya, semalam

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menghasilkan Pelan Strategik Mengurangkan Gula dalam Kalangan Rakyat Malaysia (2023- 2025) yang akan melibatkan tindakan multi-sektoral.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, perkara itu dimaklumkan pada Mesyuarat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK) ke-16 diadakan di ibu pejabat KKM di Putrajaya yang dipengerusikan oleh beliau sendiri, semalam.

“Dalam mesyuarat ini, satu usul telah dibentangkan bagi melaksanakan Pensijilan Makanan Selamat KKM sebagai syarat perkhidmatan pembekalan makanan semasa mesyuarat dan majlis rasmi di semua fasiliti kementerian di Putrajaya.

“Perkara tersebut perlu diperhalusi sebelum sebarang tindakan lanjut dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat MKMPK16 turut dimaklumkan mengenai Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan, sistem pemantauan secara dalam talian bagi Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (MS-NPANM), pelaksanaan perjanjian peringkat ASEAN berkaitan pemeriksaan dan pensijilan bagi produk makanan.

“Selain itu, pewartaan akuan nutrien baharu bagi asid lemak trans dan akuan fungsi baharu bagi antioksidan daripada minyak sawit serta komitmen industri dalam penghasilan produk makanan dengan pilihan lebih sihat.

Jelas Zaliha, melalui mesyuarat ini diharapkan akan menjadi platform yang tepat untuk perbincangan dan penyelarasan aktiviti bagi menangani isu terkini keselamatan makanan dan pemakanan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan bagi kesejahteraan rakyat Malaysia Madani.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri, Timbalannya Lukanisman Awang Sauni, serta 18 wakil kementerian serta agensi dan empat wakil pertubuhan bukan kerajaan iaitu Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI