fbpx

Mahkamah: ‘Runner’ miliki video lucah kanak-kanak didenda RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Azhar (tengah) didenda RM5,000 kerana memiliki video lucah kanak-kanak di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Padah memiliki video lucah kanak-kanak di dalam komputer riba miliknya, seorang orang tengah atau ‘runner’ sebuah syarikat insurans didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri memerintahkan demikian selepas tertuduh, Wan Azhar Wan Ismail, 57, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan selesai dibacakan.

Beliau turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman tambahan penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, Wan Azhar didakwa mengakses dan memiliki suatu bahan pornografi iaitu rakaman video lucah kanak-kanak di dalam simpanan komputer riba.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di daerah ini pada pukul 9.30 malam, 6 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amalina Najwa Mohd. Ali manakala tertuduh pula diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI