fbpx

Malaysia serta mesyuarat khas OIC kutuk Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ZAIDI Wan Abdullah pada Mesyuarat Terbuka Luar Biasa Jawatankuasa Eksekutif OIC di Jeddah, Arab Saudi, semalam. - Foto ihsan Wisma Putra

PUTRAJAYA – Malaysia menyertai Mesyuarat Terbuka Luar Biasa Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi bertindak atas kebiadaban Israel di Al-Aqsa.

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini, Wakil Tetap Malaysia ke OIC yang juga ialah Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah telah mewakili negara.

Mesyuarat di ibu pejabat OIC di Jeddah semalam diadakan khusus membincangkan kes pencerobohan berterusan rejim Zionis atas permintaan daripada Palestin dan Jordan.

“Sesi khas itu turut ada penyelarasan dan rundingan bersama kerajaan Arab Saudi selaku Pengerusi Sidang Kemuncak OIC dan Jawatankuasa Eksekutif OIC,” kata Wisma Putra.

Pasukan keselamatan rejim Israel dilaporkan bertindak angkuh menceroboh sebelum menyerang dan menahan ganas lebih 400 jemaah di Masjid Al-Aqsa pada pagi 5 April lalu.

Mengulas lanjut, Wisma Putra menambah, pada mesyuarat ini, Wan Zaidi menyampaikan pendirian Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengecam kejadian itu.

“Malaysia menyeru kesemua 56 negara anggota OIC agar bertegas dengan masyarakat global dalam mendesak Israel bagi menghentikan sebarang tindakan provokatif,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI