fbpx

Hannah kagumi kemahuan Zii Jia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH mengadakan pertemuan dengan Zii Jia dan berpuas hati melihat keinginan jaguh badminton negara itu dalam pemburuan emas Olimpik Paris 2024.

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh gembira dengan hajat besar yang disuarakan perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia menjelang temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis tahun depan.

Selepas tersenarai dalam program ‘Road to Gold’ (RTG), juara Kejohanan Badminton Seluruh England (All England) 2021 itu melaungkan tekad untuk membawa pulang pingat emas Olim­pik pertama Malaysia ke tanah air.

Justeru, Hannah berkata, pemain yang berada pada ranking keempat dunia itu menyatakan rasa gembira apabila disenaraikan dalam projek nasional tersebut bagi menghadapi Sukan Olim­pik tahun depan.

“Pagi ini (semalam), saya bertemu dengan Zii Jia bersama Penyelaras RTG, Stuart Rama­lingam. Pertemuan tersebut berlangsung dalam keadaan yang cukup positif dan Zii Jia menyokong inisiatif RTG selain gembira disenaraikan dalam projek tersebut.

“Zii Jia beritahu saya, dia benar-benar mahukan pingat emas pertama negara pada Sukan Olim­pik 2024 di Paris nanti. Inilah yang saya mahu dengar daripada atlet, iaitu kemahuan untuk dapatkan emas,” katanya menerusi status yang dimuat naik di laman Facebook semalam.

Kelmarin, Hannah yang merupakan pengerusi bersama Jawatankuasa RTG mengumumkan 15 nama disenaraikan dalam program tersebut yang dikenal pasti sebagai prospek bagi menjelmakan pingat emas di Sukan Olimpik Paris.

Justeru, Zii Jia merupakan salah seorang daripada 15 atlet berada dalam senarai program RTG bersama dengan jaguh berbasikal trek negara yang merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Azizulhasni Awang.

Untuk rekod, pencapaian terbaik kontinjen Malaysia pada temasya sukan terbesar dunia itu adalah pada Sukan Olimpik Rio 2016 apabila berjaya membawa pulang empat pingat perak dan satu gangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI