fbpx

Pelantar minyak Bekok A alami kebocoran gas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelantar Bekok A

KEMAMAN – Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) mengesahkan berlaku kejadian kebocoran gas di Pelantar Bekok A yang terletak luar pesisir Terengganu pada Selasa lalu.

Bahagian Komunikasi Media Strategik Kumpulan Petronas dalam kenyataannya berkata, insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 2.45 pagi.

“Bagaimanapun, pasukan tindak balas kecemasan kami telah digerakkan untuk mengawal keadaan dan semua kakitangan pelantar dipindahkan sebagai langkah keselamatan,” kata kenyataan itu di sini awal pagi ini.

Menurut kenyataan tersebut, PCSB telah mengambil tindakan pantas menggantung sementara operasi di pelantar Bekok A terbabit sehingga diberitahu kelak bagi memastikan keselamatan semua pihak.

“Pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai insiden ini dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Bekok merupakan salah sebuah pelantar minyak yang terdapat di luar pesisir Terengganu dan terletak kira-kira 260 kilometer dari perairan Kerteh di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI