fbpx

Kutu dalam mata lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kutu parasit penghisap darah didapati berada dekat bola mata seorang lelaki berumur 70-an di Argentina baru-baru ini. - Foto Jam Press Vid

BUENOS AIRES –  Satu imej mengerikan menunjukkan seekor kutu parasit berada pada bola mata seorang pesakit warga emas tua berusia dalam lingkungan 70-an di Argentina, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pesakit itu dilaporkan pergi ke sebuah hospital dan mengadu matanya ‘gatal’ serta berdarah. Ketika melakukan pemeriksaan, doktor mendapati terdapat seekor pada bahagian skleranya iaitu lapisan luar bola mata.

Tiada butiran lanjut didedahkan tetapi doktor biasanya menggunakan penyepit kecil untuk mengeluarkan kutu seperti dalam kes tersebut.

Klip video itu didedahkan menerusi akaun TikTok, neuquencapitaltiktok yang berada di Neuquen iaitu sebuah bandar di wilayah Patagonia, Argentina.

Video tersebut dimuat naik pada pada bulan lalu dan  sejak itu, ia menjadi tular dan mendapat lebih 2.6 juta tontonan.

Mereka yang menonton klip video itu menyatakan rasa terkejut dan jijik dengan kejadian itu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI