fbpx

Remaja maut, motosikal rempuh kereta masuk simpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal jenis Modenas Kriss dinaiki mangsa selepas merempuh sebuah kereta di Pulai Chondong, Machang semalam. -Foto IHSAN POLIS

MACHANG – Seorang pelajar tingkatan tiga maut apabila tercampak sejauh 30 meter selepas motosikal yang ditunggang rakannya merempuh sebuah kereta yang membelok masuk simpang di Jalan Kampung Galang, Pulai Chondong di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang, mangsa, Rifqi Danish Arman, 15, maut di lokasi kejadian selepas cedera parah pada bahagian kepala kerana tidak memakai topi keledar.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati, mangsa membonceng motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang rakannya, Muhamad Harith Syakir Abdul Muluk, 15, dari arah Kok Lanas ke Pulai Chondong.

Menurutnya, sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun dari arah sama memberi isyarat untuk masuk ke simpang sebelah kanan untuk pulang ke rumahnya di Kampung Galang di sini

“Kereta terbabit berhenti di tengah jalan bagi memberi laluan kepada sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk keluar simpang berkenaan.

“Keadaan itu menyebabkan motosikal yang dinaiki dua remaja itu merempuh sisi kiri bahagian belakang kereta sebelum mereka tercampak sehingga terkena bahagian belakang tayar sebuah bas yang melalui jalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Adli memberitahu, Rifqi Danish disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya yang juga tidak memakai topi keledar cedera ringan pada bahagian tangan.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang di sini manakala rakannya turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

“Siasatan lanjut mendapati, nahas berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang gagal memastikan keadaan selamat ketika memasuki simpang sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya.

Tambah Mohd. Adli, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI