fbpx

Lori mengundur bila tak lepas daki bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH lori treler yang terundur sebelum terbalik di jalan utama Jerantut-Lipis di Jerantut baru-baru ini.

JERANTUT – Kejadian kende­raan berat yang sering terundur ketika melalui jalan utama Jerantut-Lipis di sini, menimbulkan keresahan dalam kala­ngan pengguna jalan raya khususnya penduduk setempat.

Dua lokasi yang dikatakan kerap berlaku kemalangan itu ialah laluan berbukit di Bukit Atap dan Bukit Mentimun berdekatan Kuala Tembeling melibatkan kenderaan berat seperti lori treler muatan berat terundur ketika mendaki bukit.

Keadaan itu berlaku berikutan kehilangan kuasa enjin dan kemudiannya terbalik dan dirempuh oleh kereta yang mengekori di belakang.

Seorang penduduk Kampung Mela, Mohd. Safri Salleh, 42, berkata, kejadian jentera berat terundur di laluan itu me­nimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna khusus­nya penduduk setempat yang terdedah kepada risiko kemalangan selain sering menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Banyak kejadian treler muatan berat terundur apabila tidak mampu ‘mendaki bukit’ kerana kehilangan kuasa enjin kerap dilihat ketika saya berulang-alik ke tempat kerja di bandar Jerantut.

“Saya juga rasa ngeri apabila berselisih dan berada di belakang treler yang menuruni dan mendaki bukit, silap-silap ia boleh mengancam keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan lain,” katanya.

Mohd. Safri berkata, jalan yang berusia lebih satu abad menerusi laluan berdekatan pesisir Sungai Pahang dan Su­ngai Jelai itu amat penting kepada pengguna kerana ia mampu memendekkan masa perjalanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI