fbpx

Pas kutuk perbuatan jenayah rejim zionis terhadap rakyat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin.

PETALING JAYA – Pas memandang serius dan mengutuk keras perbuatan jenayah rejim zionis yang menceroboh Masjid Al-Aqsa dan menyerang umat Islam ketika sedang beribadah baru-baru ini.

Seriausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, rejim Israel pada hakikatnya hanya mengulangi kejadian pada April 2022 dan 2021, yang telah mencetuskan perang 10 hari dengan rakyat Palestin.

“Kita (Pas) berpandangan provokasi ganas dan perbuatan jenayah ini hanya mengundang respons balas serta ketegangan yang berpotensi memburukkan keadaan keselamatan di rantau tersebut.

“Justeru, Pas menggesa semua pihak yang mencintai keamanan serta hak orang Islam untuk beribadah sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Takiyuddin, pencerobohan tempat ibadah, terutamanya pada bulan suci umat Islam adalah berlawanan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

“Ia juga bercanggah dengan semua nilai mulia kemanusiaan yang menjadi tonggak penting kepada kehidupan bersama yang aman, adil dan sejahtera,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, keganasan tersebut hendaklah dihentikan serta-merta dan memerlukan campur tangan serta ketegasan segera daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Terdahulu, media melaporkan sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin mengalami kecederaan, sementara lebih 350 orang telah ditahan dalam pencerobohan rejim Israel di Masjid Al-Aqsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI