fbpx

[VIDEO] Wadi Annuar nafi pernah dipelawa Exco Agama Islam Perlis terima tauliah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wadi Annuar

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub atau lebih dikenali Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa beliau buat masa ini tidak pernah dipelawa permohonan tauliahan dengan berjumpa dengan Exco Agama Islam Negeri Perlis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab satu kekeliruan yang timbul selepas dua laporan akhbar yang menyatakan beliau pernah ditawarkan tauliah oleh Exco Agama Islam Negeri Perlis dan dipelawa untuk berjumpa dengan exco negeri tersebut.

“Ada dua laporan akhbar yang menyatakan saya enggan menerima dan telah dipelawa untuk permohonan pentauliahan oleh exco negeri tersebut.

“Laporan akhbar terbabit juga ada menyatakan saya sudah dua kali berjumpa dengan Exco Agama Islam Perlis dan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), namun katanya saya enggan menerima tawaran tersebut.

“Persoalannya bila saya jumpa, saya tidak pernah dipelawa pun. Itu mungkin orang lain, saya nafikan yang saya pernah jumpa dan dipelawa berkenaan pentauliahan itu,” ujarnya dalam satu klip video hari ini.

Terdahulu, pada Jumaat lalu, Ustaz Wadi Annuar didakwa akan dipanggil JAIPs selepas didakwa mengajar tanpa tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Ia berkaitan penyertaan pendakwah terbabit pada program Solat Tarawih dan Sembang Santai bersama Ustaz Wadi Annuar yang diadakan di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, Kompleks Pendidikan Matin.

Selain Ustaz Wadi Annuar, pihak penganjur iaitu Lajnah Dakwah dan Perkaderan PAS Kangar akan turut dipanggil memberi keterangan. -KOSMO! ONLINE.

@ustazwadiannuarofficial MENJAWAB KEKELIRUAN ISU SURAT TAULIAH #ustazwadiannuar #perlis #tauliah ♬ original sound – Ustaz Wadi Annuar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI