fbpx

UDA santuni 90 asnaf, anak yatim beli baju raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZRUDYN (baju biru) mendukung seorang kanak-kanak dan bergambar bersama anak-anak yatim dan anak asnaf sempena Majlis Berbuka Puasa UDA di Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru, semalam. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Bersempena kedatangan Ramadan ini, UDA holdings Berhad (UDA) menyantuni kira-kira 90 anak asnaf dan anak yatim dari Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh dengan membelikan mereka baju raya di Angsana Johor Bahru Mall, di sini, semalam.

Menerusi program tanggungjawab sosial korporat UDA Cares, UDA menyalurkan sumbangan wang zakat berjumlah RM31,500 berupa baju raya dan kelengkapan raya serta duit raya berjumlah RM350 seorang.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Mohd. Salem Kailany berkata, acara tahunan itu diadakan bagi memberikan keceriaan kepada anak asnaf dan anak yatim dari Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh.

“Semoga sumbangan ini dapat memberikan makna yang besar buat mereka dan diharapkan ia mampu mengukir senyuman serta keceriaan menjelang Syawal pada tahun ini.

“Inisiatif UDA Cares ini juga merupakan tanda penghargaan dan terima kasih UDA kepada semua pihak yang sentiasa mempercayai dan menyokong UDA selama lima dekad ini.

UDA akan terus mengukuhkan fungsi dan peranan dalam setiap segmen perniagaannya seterusnya bergerak ke arah kelestarian,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa UDA Di Angsana Johor Bahru Mall, semalam.

Ucapannya dibacakan oleh Ketua Pegawai Operasi Pengurusan Aset Kumpulan UDA, Azrudyn Rashid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI