fbpx

Rumah musnah ketika siapkan juadah berbuka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran rumah enam sekeluarga itu.

KUALA LANGAT – Ramadan kali ini mengundang duka buat enam sekeluarga apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Kebun Baru Batu 10,Telok Panglima Garang di sini, petang tadi.

Lebih malang, tragedi kira-kira pukul 6 petang itu berlaku seorang wanita bersama empat anak lelaki dan ibunya sedang menyediakan juadah untuk berbuka puasa di rumah mereka.

Kesemua mangsa bagaimanapun sempat keluar menyelamatkan diri dan kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta Perodua Kancil serta dua buah motosikal.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, sepasukan 17 anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang dan Andalas bergegas lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 6.15 petang.

“Pemeriksaan mendapati api marak memusnahkan rumah satu tingkat berstruktur kayu berkenaan hampir 95 peratus. Sebuah kereta dan dua motosikal di kawasan kediaman itu turut musnah,” katanya ketika dihubungi malam tadi.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI