fbpx

Polis panggil 3 pelajar tutup bekalan elektrik masjid ketika tarawih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga budak lelaki itu berpakat menutup bekalan elektrik di masjid ketika tarawih. - Instagram

JAKARTA – Tiga pelajar sekolah rendah di wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia dipanggil polis selepas sengaja menutup bekalan elektrik masjid ketika penduduk menunaikan solat sunat tarawih, lapor laman berita Detik semalam.

Ketiga-tiga budak lelaki tersebut mengaku mereka melakukannya dengan sengaja. Kejadian itu berlaku di Masjid Namira, Daerah Soreang, Parepare. 

“Ya, tiga pelajar sekolah yang melakukannya. Kami sudah memanggil mereka ke balai polis. Ia berlaku pada malam 30 Mac lalu,” kata Ketua Polis Soreang, Muhammad Amin.

Amin menjelaskan bahawa tiga budak lelaki itu tidak berniat untuk mengancam penduduk, sebaliknya hanya untuk keseronokan.

Selepas kejadian itu, mereka menulis surat permohonan maaf kepada pentadbir masjid dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

“Pihak pengurusan masjid telah memaafkan mereka. Jadi, kami telah menghantar mereka semua pulang,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI