fbpx
Gambar hiasan.

Pencarum KWSP dikhuatiri terus terperangkap kitaran hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUCHING: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikhuatiri terus terperangkap dalam kitaran hutang sekiranya mencagarkan simpanan mereka untuk membuat pinjaman bank.

Felo Institut Masa Depan Malaysia (Masa) Datuk Dr Madeline Berma, berkata, pencarum juga akan hilang sebahagian daripada KWSP mereka.

“Menggalak pencarum KWSP untuk meminjam daripada bank dan menggunakan KWSP sebagai cagaran untuk membuat pinjaman bagi menyelesaikan hutang di bank tidak menyelesaikan masalah keberhutangan” katanya ketika ditemui.

Beliau menambah, sekiranya pinjaman tidak dapat dilangsaikan atau diuruskan dengan baik, maka ia akan menjejaskan nilai simpanan pencarum KWSP yang dijadikan sebagai cagaran.

Bagaimanapun, Madeline berkata, di sebalik kelemahan inisiatif kerajaan itu, ia merupakan jalan tengah untuk mengurangkan beban kewangan yang dihadapi rakyat.

Katanya pengeluaran wang daripada KWSP adalah langkah alternatif kerajaan selain daripada memberi wang secara terus kepada mereka yang amat memerlukan.

Selain itu, beliau berkata ia juga memberi peluang kepada mereka yang kurang layak mendapat pinjaman peribadi daripada bank untuk mendapat pinjaman, khususnya pencarum yang sudah kehilangan pekerjaan tetapi mempunyai nilai caruman yang banyak.

“Ini membolehkan mereka yang mempunyai skor kredit rendah untuk mendapat pinjaman, dan pada masa sama membolehkan pencarum meringankan beban kewangan tanpa menjejaskan dana persaraan mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN