fbpx

Moon-sik direhatkan, Rezal Zambery kembali terajui Kelantan FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rezal Zambery dilantik sebagai pemangku jurulatih Kelantan FC selepas Moon-sik direhatkan daripada tanggungjawab itu bermula malam ini. FOTO IHSAN TRW KELANTAN FC

KOTA BHARU – Kelantan FC merehatkan ketua jurulatih, Choi Moon-sik sebelum perlawanan saingan Liga Super menentang skuad Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada malam ini.

Kelantan FC dalam satu kenyataan berkata, sehubungan itu, The Red Warriors (TRW) mengumumkan Rezal Zambery Yahya dilantik sebagai pemangku jurulatih bagi menggantikan Moon-sik bermula malam ini.

Menurutnya, pelantikan itu berkuat kuasa sehingga pihak pengurusan melantik pengendali baharu untuk Kelantan FC.

“Semoga Rezal Zambery dapat memikul tanggungjawab ini untuk mamacu pasukan Kelantan FC ke arah yang lebih baik.

“Beliau pernah mengetuai pasukan TRW pada musim lalu dan merupakan penolong ketua jurulatih pada musim 2023,” katanya.

Berdasarkan rekod, Kelantan FC hanya meraih satu kemenangan, satu seri dan empat kekalahan sepanjang enam perlawanan saingan Liga Super musim ini di bawah kendalian Moon-sik.

Terdahulu, Kelantan FC melantik bekas ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Frank Bernhardt dilantik sebagai pengarah teknikal TRW pada 25 Mac lalu.

Bernhardt yang berasal dari Kiel, Jerman menggalas tanggungjawab itu menggantikan tugas Nasir Yusuf.

Pelantikan pengarah teknikal merupakan salah satu syarat wajib dalam perlesenan kelab di bawah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI