fbpx

Butik Rakyat Rahmah 4.0 beri sinar golongan B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai memilih pakaian yang diberikan secara percuma di Butik Rakyat Rahmah 4.0 yang beroperasi di RUTC Klebang Besar, Pulau Gadong, Melaka. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Lebih 15,000 pakaian percuma ditawarkan kepada seluruh rakyat Melaka terutama golongan B40 di Butik Rakyat Rahmah 4.0 yang beroperasi di Pusat Transformasi Luar Bandar (RUTC) Klebang Besar, Pulau Gadong, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Klebang Besar, Datuk Mohd. Yusof Abu Hassan berkata, bukan setakat pakaian boleh diambil secara percuma tetapi orang ramai yang datang bakal diberikan sekampit beras 10 kilogram (kg) setiap seorang.

Ujarnya, antara pakaian yang disediakan adalah baju kurung, baju kebaya, jubah, selendang, tudung, baju Melayu, baju kanak-kanak serta seluar lelaki dan wanita.

“Penganjuran Butik Rakyat Rahmah 4.0 adalah semata-mata untuk membantu golongan B40 yang tidak berkemampuan dan mereka boleh datang ke sini pilih pakaian disukai dan bawa pulang lima helai pakaian.

“Selain itu turut diberikan adalah beras, manakala bakul makanan dan seekor ayam akan diserahkan pada satu majlis yang diadakan beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, seorang suri rumah, Noraishah Bee Raja Patal Othman Shah, 42, berkata, sebagai individu berpendapatan rendah, Butik Rakyat Rahmah 4.0 sememangnya ditunggu setiap kali ketibaan Ramadan.

“Hendak beli baju baharu untuk lima orang anak, suami pula berpendapatan sederhana memang tidak mampu jadi bila ada pemberian baju secara percuma ini, ia sangat melegakan buat kami sekeluarga menyambut lebaran kali ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI