fbpx

Anwar rai penternak, peladang dan nelayan berbuka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra dengan tetamu semasa hadir pada Majlis Iftar Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya hari ini.-FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Lebih 1,000 komuniti penternak, peladang dan nelayan diraikan pada majlis iftar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, di sini hari ini.

Majlis berbuka puasa hari ini dihoskan bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).

Terdahulu, Anwar turut meraikan seramai 41 anak yatim terdiri daripada 14 anak yatim masing-masing dari Rumah Bakti Al- Kausar dan Rumah Cahaya Kasih.

Turut diraikan 13 orang anak yatim dari Rancangan Sungai Behrang, Felda Trolak, Rancangan Sungai Tengi, Rancangan Sungai Tengi Selatan dan Rancangan Gedangsa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI