fbpx

Lelaki maut lori terbabas masuk kolam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah lori yang terbabas ke dalam sebuah kolam di kawasan sebuah kilang dekat Jalan Pintasan Sungai Ular di Kuantan malam semalam.

KUANTAN – Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terbabas ke dalam kolam di kawasan sebuah kilang dekat Jalan Pintasan Sungai Ular di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 9 malam itu berlaku ketika mangsa, Mohd. Azrifazrin Abdul Razak, 35, dalam perjalanan dari kawasan memproses bahan mineral di kilang untuk balik ke rumahnya.

“Apabila sampai di tempat kejadian tiba-tiba pemandu lori hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam kolam.

“Akibat kejadian pemandu lori meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Mohd Zahari, siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan berbukit dan tidak rata dan semasa kejadian keadaan jalan basah dan kawasan gelap tanpa lampu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI