fbpx

Cuepacs tidak bersetuju isu doktor kontrak mogok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan (dua dari kanan) memasak bubur lambuk pada Program Ihya Ramadan Gotong-royong Memasak dan Edaran Bubur Lambuk AUEGCAS Negeri Perak. - Foto LIYANA RAMLI/KOSMO!

IPOH – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak bersetuju dengan tindakan pengawai perubatan kontrak yang mahu melakukan mogok.

Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berkata, pihaknya bersolidariti dalam isu hartal doktor tetapi tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang bakal menjejaskan kerjaya mereka sendiri.

“Tindakan mogok ini hanya merugikan kerjaya mereka sebagai doktor kerana boleh dikenakan tindakan undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah perkhidmatan awam.

“Ini kerana mereka tiada ‘locus standi’ untuk mengambil tindakan perusahaan seperti mogok dan sebagainya kerana mereka tidak berpersatuan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Ihya Ramadan Gotong-royong Memasak dan Edaran Bubur Lambuk Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Negeri Perak di Anjung AUEGCAS Perak di sini.

Menurut Adnan, mereka tidak dilindungi di bawah Akta Kesatuan Sekerja dan boleh dibuang daripada bertaraf kontrak terus kepada tidak bekerja.

“Bagi Cuepacs, ya kami bersolidariti dengan mereka tetapi kami tidak bersetuju dengan tindakan ini kerana banyak ruang telah dan sedang dibuka untuk mengatasi isu ini.

“Saya sendiri pun akan ada perjumpaan pada 6 hari bulan untuk melihat isu ini, bukan sahaja untuk doktor malah semua skim perkhidmatan awam yang bertaraf kontrak.

Sementara itu, Adnan turut menggesa badan profesional perubatan supaya menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah tersebut dan bukan sahaja dari pihak kerajaan semata-mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI