fbpx

Angkara mabuk, warga asing mati ditikam dalam pergaduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga asing maut manakal seorang lagi parah setelah terlibat dalam pergaduhan dalam bilik sewa di sebuah bangunan kedai di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram di sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11.14 malam itu, mangsa yang berusia 32 tahun itu maut ditikam dengan objek tajam pada dada kiri.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, siasatan mendapati punca pergaduhan membabitkan warga asing itu adalah apabila beberapa suspek mabuk dan mula mencetuskan pertengkaran.

“Anggota Bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seri Alam menahan tujuh lelaki berusia 22 hingga 51 tahun dan seorang wanita warga asing berumur 35 tahun.

“Akibat pergaduhan ini, dua lelaki cedera dengan seorang daripadanya meninggal dunia disyaki ditikam dengan objek tajam pada dada kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan tangkapan itu, polis merampas sehelai cadar bercorak bunga, dua helai baju dan dua helai seluar dengan kesan darah, pelitup muka dan botol minuman keras.

Katanya, polis kini mengesan seorang lagi individu bernama Myint Hlaing, 41, yang merupakan warga Myanmar bagi membantu siasatan.

SEORANG suspek yang masih diburu polis berhubung kes pergaduhan warga asing sehingga menyebabkan kematian dalam kejadian di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru, semalam.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Nik Samsuriah Daud, 013-7272120 atau 07-3864222.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI