fbpx

Siti Nor Hidayah cari pakar perubatan Islam, dakwa disihir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nor Hidayah dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

PETALING JAYA – Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah Mohd. Ali meminta pertolongan orang ramai bagi mendapatkan pakar perubatan Islam yang mahir dalam perubatan Islam.

Siti Nor Hidayah melalui satu video yang dimuatnaik di Instagram miliknya berkata, gangguan tersebut berlaku selepas suaminya meninggal dunia dan berlarutan sehingga kini.

“Assalamualaikum semua, Dayah nak minta pertolongan kepada sesiapa sahaja pakar perubatan Islam, ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepandaian merawat mistik atau sihir.

“Mohon kepada sesiapa yang boleh membantu bolehlah menghubungi abang saya, Encik Azmir,” katanya.

Siti Nor Hidayah bagaimanapun, tidak menerangkan lebih lanjut mengenai perkara tersebut di dalam video berkenaan.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengikutnya mendoakan agar Siti Nor Hidayah diberikan kesembuhan dan mendapat rawatan yang sewajarnya.

“Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan kesembuhan oleh Allah sempena bulan yang mulia ini,” kata Jun.

“Bila ada perasaan hasad dengki beginilah jadinya, semoga dayah cepat sembuh,” kata Hasanah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI