fbpx

Kerajaan Perpaduan Melaka tidak ikut Pahang atau Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ab. Rauf bersalaman dengan seorang peniaga ketika melakukan jelajah mesra di Bazar Ramadan Klebang, Melaka, semalam. - Foto oleh AMRAN MULUP / KOSMO!

MELAKA – Kerajaan Perpaduan yang akan dibentuk di Melaka dalam tempoh terdekat ini berbeza jika hendak dibandingkan dengan Perak atau Pahang.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kaedah pembentukan di dua negeri tersebut dibuat secara bersama selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), namun di Melaka sungguh pun tidak melalui fasa itu, nilai kebersamaan dan kesamarataan tetap wujud serta bakal menjadi contoh kerajaan perpaduan terbaik.

Beliau turut mengesahkan, barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sudah dibentuk, tetapi perlu mendapat persetujuan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum diumumkan kelak.

“Saya masih lagi tengah buat satu kerangka terbaik untuk menjadi contoh kerajaan yang akan dibentuk di negeri ini dalam tempoh terdekat ini. Saya beri kesamarataan dalam pembentukan ini, insya-Allah nanti saya akan beritahu tidak sampai tempoh 48 jam.

“Buat apa saya beritahu sekarang dan nanti saya akan beritahu, tetapi kerajaan perpaduan yang akan dibentuk ia amat cantik dan menarik,” katanya kepada pemberita selepas melakukan jelajah mesra di Bazar Ramadan Klebang di sini, semalam.

Ab. Rauf turut menyampaikan sumbangan pakaian dan wang saku kepada 30 anak yatim dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang.

Dalam pada itu, Ab. Rauf turut memberi bayangan bahawa barisan Exco berkenaan turut melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH).

Ketika ditanya jumlah ADUN PH yang akan dilantik, ADUN Tanjung Bidara itu enggan mengulas lanjut.

“Di Melaka ini sah ke tidak sah, kita sudah kata perpaduan itu tetap ada lah, kalau tidak bukan nama perpaduan, itu nama perpecahan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI