fbpx

Warna air laut bertukar hijau di Langkawi disahkan normal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular memaparkan keadaan air laut di sekitar Langkawi, Kedah berubah kepada warna hijau. FOTO IHSAN FACEBOOK

PUTRAJAYA – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mengesahkan bahawa perubahan ketara warna air laut di beberapa lokasi di Pulau Langkawi, Kedah adalah normal.

DOF berkata, analisis rapi dilakukan mendapati komposisi plankton dalam sampel air laut yang diambil ialah normal selain laporan kajian turut dihantar untuk tindakan lanjut.

“Kami telah membuat pensampelan air untuk pengecaman dan kuantifikasi plankton serta pemeriksaan kualiti di kawasan terlibat.

“Pasukan dari Pusat Penyelidikan Langkawi diketuai oleh Syed Mohamad Azim Syed Mahiyuddin telah pun bergegas ke lokasi di Teluk Yu, Teluk Ewa dan Tanjung Rhu,” katanya dalam hantaran di Facebook DOF tadi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI