fbpx

[VIDEO] Lelaki tabur paku atas jalan ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tabur paku di atas jalan raya yang dilakukan oleh seorang lelaki di Pusing, Batu Gajah semalam.

BATU GAJAH – Polis telah menahan pemilik kereta Nissan Almera yang dipercayai terlibat dalam kejadian menabur paku di atas jalan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut dekat Pusing.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, lelaki berusia 45 tahun itu diberkas di Changkat Larang, Lahat pada pukul 3 pagi tadi dan tangkapan itu dibuat hanya selepas lima jam video kejadian tular di media sosial.

“Suspek kini direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu tular video berdurasi 24 saat di Facebook yang memaparkan tindakan pemandu sebuah kereta menabur objek dipercayai paku di atas jalan raya.

Perbuatan tidak bertanggungjawab individu itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata mengecam tindakan tersebut dan menggesa hukuman tegas dikenakan terhadap pesalah. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI