fbpx

UMNO Johor umum jawatankuasa baharu penggal 2023-2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED KHALED (depan kanan) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Johor di pejabat UMNO negeri, di sini hari ini.

JOHOR BAHRU – UMNO Johor mengumumkan barisan ahli jawatankuasa baharu bagi penggal 2023-2026 selepas Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Johor pertama penggal ini diadakan, di pejabatnya, semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, di peringkat negeri, beliau akan dibantu Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Kita juga telah membuat rombakan dan pelantikan untuk pegawai-pegawai perhubungan, Setiausaha UMNO Johor yang baharu adalah Datuk Abdul Halim Suleiman, ketua UMNO bahagian Tebrau.

“Bendahari, Datuk Zulkarnain kamisan iaitu Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong; Ketua penerangan ialah Datuk Md. Jais Sarday; Ketua Wanita negeri, Asiah Md. Ariff daripada Kota Tinggi.

“Ketua Pemuda negeri adalah Noor Azleen Ambros daripada Pasir Gudang manakala Ketua Puteri negeri adalah Rina Farhana Abdullah daripada Mersing,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga merupakan Naib Presiden UMNO turut memberitahu, pihaknya juga telah menubuhkan beberapa biro bagi membantu UMNO Johor antaranya termasuklah Biro Politik, Biro Latihan dan Perkaderan, Biro Perundangan, Biro Ekonom dan juga Jabatan Pilihanraya,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI