fbpx

Isteri ND Lala dedah identiti penyondol?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Penyondol”.

Demikian perkongsian isteri kepada ND Lala, Fauziah Sarman merujuk kepada spekulasi rumah tangga mereka yang sebelum ini dikhabarkan goyah berikutan gangguan orang ketiga.

Dalam perkongsian Instagram, ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu turut memuat naik  foto hitam putih seorang wanita bertudung yang dipercayai ‘penyondol’ rumah tangganya.

“Siti Munirah Abd Ghani.” Itu nama penuh wanita didakwa sebagai penyondol yang ditulis pada ruangan kapsyen dengan meletakkan sekali nama akaun Instagram suaminya, ndlalaofficial.

Begitupun, hantaran yang dikongsi Fauziah tidak menerangkan lebih lanjut tujuan mahu pun motifnya berbuat sedemikian.

Daripada hantaran tersebut, ruangan komennya terus dibanjiri maklum balas netizen yang terkejut dengan pendedahan terbuka itu.

“Memang sekarang semua wanita cantik kena tinggal ke,” kata seorang pengikutnya.

“Maknanya yang viral hari tu betul la?” tanya pengguna akaun ain.

“Sekarang tengah ada wabak penyondol,” luah seorang netizen.

Rata-rata ingin mendapatkan penjelasan sama ada wanita berkenaan adalah ‘madunya’, namun hingga kini tiada respons daripada Fauziah.

Lebih menimbulkan persoalan apabila tiada lagi gambar ND Lala atau foto berdua dengan suaminya itu dalam Instagramnya.

Sementara itu, daripada sumber difahamkan Siti Munirah merupakan rakan sekolah Shila, selain didakwa kerap berkunjung ke kediaman mereka.

Lebih menyakinkan ada sesuatu tidak kena sedang berlaku, Shila menerusi Instagramnya turut menyiarkan kenyataan sedang mencari seorang wanita bernama Situ Munirah yang merupakan rakan sekolahnya ketika dahulu.

Tiada maklumat terperinci, Shila sekadar menjelaskan ada urusan hidup atau mati yang perlu diselesaikan dengan individu terbabit.

Terdahulu, nama ND Lala ‘naik’ selepas timbul desas-desus mengenai seorang penyanyi lelaki popular era 80-an yang dikhabarkan telah bernikah lagi dengan wanita muda.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Ketika rumah tangga mereka dikhabarkan goyah, seorang lagi anak mereka, Syada menafikan gosip tersebut, selain menegaskan hanya mengetahui dakwaan berkenaan selepas dimaklumkan media. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI