fbpx

Dua lelaki ditahan ketika COD mercun, bunga api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang ditahan kerana menjual mercun dan bunga api yang tidak dibenarkan oleh undang-undang di Jalan Penerok – Kukup, Pontian, malam semalam.

PONTIAN – Tindakan dua lelaki masing-masing berusia 30 dan 32 tahun menjalankan perniagaan menjual mercun serta bunga api secara dalam talian mengundang padah apabila mereka ditahan di tepi Jalan Penerok – Kukup disini pada pukul 9.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintandan Mohammad Shofee Tayib berkata, mereka ditahan ketika dalam perjalanan menghantar tempahan kepada pelanggan menggunakan kereta jenis Toyota Vios.

“Pemeriksaan menemui mercun dan bunga api yang disorok dianggarkan bernilai RM5,000. Selain mercun dan bunga api, kenderaan digunakan suspek turut rampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek mengaku menjual mercun dan bunga api secara dalam talian dan pembayaran adalah secara ‘cash on delivery’ (COD).

Katanya, kedua-dua mereka yang ditahan remah disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan Api 1957 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 7 tahun atau denda RM10,000.

Oleh demikian, pihaknya memberikan amaran kepada orang ramai supaya tidak menjual mercun dan bunga api yang tidak dibenarkan kerana boleh mengundang bahaya kepada orang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI