fbpx

Sederhana, Fasha nak ‘couple’ dengan Aidil sampai bila-bila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FASHA dan Aidil bahagia melayari bahtera rumah tangga mereka yang dibina sejak lima tahun lalu.

PETALING JAYA – “Kita jadi sederhana, ‘couple’ sampai bila-bila okey.”

Itu titipan harapan ‘bersemut’ pelakon Fasha Sandha buat suami tersayang, Aidil Aziz bersempena ulang tahun kelima perkahwinan mereka.

Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan melahirkan rasa apresiasi terhadap Aidil dan berdoa agar hubungan suci mereka berkekalan hingga ke firdausi.

“Selamat hari ulang tahun (perkahwinan) suamiku, Aidil.

“Pejam celik dah lima tahun lebih awak jadi ‘boyfriend’ saya. Sejak Februari 2018. Kita biasa-biasa saja tapi bahagia, insya-Allah.

“Terima kasih sebab melayani karenah isteri dan anak-anakmu. Semoga pinjaman ini kekal hingga ke jannah,” katanya sebagai kapsyen sebuah video dalam Instagram.

Menerusi video terbabit, Fasha dan Aidil menyanyi ‘olok-olok’ lagu klasik, Itulah Sayang yang pernah dipopularkan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Normadiah.

Turut mencuri tumpuan, Fasha anggun berkebaya sementelah Aidil bersinglet putih menggesek biola seperti ‘orang lama’ kekal hangat dilamun cinta.

Sekadar info, Fasha dan Aidil melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 Mac 2019, iaitu bersempena dengan ulang tahun kelahiran Fasha ke-35.

Sebelum mendirikan rumah tangga bahagia bersama Aidil, pelakon filem Anak Halal itu pernah berkahwin dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli yang juga bekas suami pelakon Nora Danish pada 27 April 2012 namun bercerai empat tahun kemudian. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI