fbpx

Rumah mewah suami aktres Thailand diserbu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yardthip Rajpal dan suami. - newsdirectory3

BANGKOK – Sebuah rumah mewah milik suami kepada aktres Thailand, Yardthip Rajpal menjadi antara 17 lokasi yang diserbu oleh Biro Siasatan Jenayah Siber (CCIB) dan komando polis di Bangkok serta wilayah sekitarnya, lapor portal berita Thaiger semalam. 

Serbuan itu adalah sebahagian daripada tindakan keras bagi membanteras rangkaian perjudian online.

Rumah mewah itu milik pengusaha hotel dan ahli perniagaan Phuket, Mek Rama. Dia berada di kediaman tersebut di Soi Yothin Patthana, daerah Bang Kapi, Bangkok semasa serbuan. 

Pasukan polis menggeledah rumah itu yang mengandungi bilik rahsia dengan peti besi besar yang menyimpan barang berharga. 

Aset bernilai kira-kira 1 bilion baht (RM129,330,900) termasuk kereta Ferrari, BMW, dan tiga van dirampas daripada Mek, lapor portal berita Bangkok Post.

Ahli perniagaan itu ditahan di bawah waran tangkap kerana bersubahat dalam operasi perjudian online dan melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram. 

Dia dibawa ke pejabat CCIB di Chaeng Wattana untuk disoal siasat.

Serbuan itu mengakibatkan sembilan tangkapan, demikian menurut seorang pegawai polis, Leftenan Jeneral Worrawat Watnakhornbancha. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI