fbpx

Lelaki maut ditemui gantung diri di Flat Cheras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
– Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang lelaki ditemui mati tergantung oleh isterinya di ruang tamu rumah di sebuah flat perumahan, di Cheras, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditemui ketika isterinya pulang dari tempat kerja kira-kira pukul 8 malam.

“Setibanya sepasukan polis dari Balai Polis Cheras di lokasi kejadian, seorang lelaki warganegara dalam keadaan tergantung tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, tiada unsur jenayah ditemui dalam kejadian tersebut dan siasatan akan diteruskan bagi mengetahui punca kematian.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ketua Polis Balai Cheras, ASP Mohd. Redzuan Md Darus ditalian 03-92050301 samb 302. – KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI