fbpx

Boleh ambil rumput Stadium Bukit Jalil percuma hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stadium Bukit Jalil

PETALING JAYA – Orang ramai boleh merebut peluang mengambil rumput padang jenis Cow Grass secara percuma di Stadium Nasional Bukit Jalil di ibu negara hari ini.

Perbadanan Stadium Malaysia menerusi klip video di Facebook memberikan tawaran itu kepada orang awam sempena penggantian rumput daripada Cow Grass kepada Zeon Zoysia.

Difahamkan, tawaran itu juga dibuat dengan konsep ‘first come, first serve’ (siapa cepat, dia dapat).

“Waktu pengambilan melibatkan dua sesi bermula pada pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari (sesi pertama) dan 3 petang hingga 5 petang (sesi kedua).

“Pengambilan ini terhad kepada empat petak rumput padang bagi setiap orang dengan ukuran 1×1 kaki.

“Selain itu, orang awam juga diminta supaya membawa bekas sendiri yang bersesuaian untuk mengambil rumput tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan laluan ke trek (Ramp32) bagi urusan pengambilan rumput. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI