fbpx

50 konten terbaik Ramadan Awesome TV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROGRAM menarik meliputi drama, pengisian rohani dan santai mengisi tayangan Awesome TV sepanjang Ramadan ini.

MEMASUKI tahun ketiga penyiarannya, stesen televisyen Awesome TV kembali meraikan kedatangan bulan suci Ramadan dengan pengisian menarik untuk penonton setia.

Mengangkat tema penuh makna, Ikhlaskan Jiwa, Dekat Dengan-Nya yang melatari Kempen Ramadan 2023, stesen televisyen berkenaan tampil dengan pengisian sarat makna meliputi hampir 50 buah kandungan menarik.

Menurut Pengarah Unit Kandungan stesen tersebut, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli, Awesome TV tidak ketinggalan menjadi platform tayangan program-program menarik sepanjang Ramadan untuk seisi keluarga.

Dengan tema tersebut, stesen televisyen yang mula ditubuhkan pada 2020 tersebut menyajikan pelbagai jenis program berkualiti tidak hanya berunsur hiburan bahkan tontonan untuk santapan rohani sesuai dengan kemuliaan Ramadan.

“Sebagai stesen televisyen, kami juga memikul tanggungjawab besar dalam mendidik masyarakat menerusi program yang mampu memupuk nilai murni dan positif,” ujar Ezzan Zalilah.

Selain tayangan program terbaik, Awesome TV masih meneruskan tradisi tahunan menerusi kolaborasi amal bersama Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) dengan menjayakan inisiatif penerbitan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Ihsan Kita setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 6 petang.

DRAMA Jodoh Duda I dibintangi Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha dan Azrel Ismail mewarnai Kempen Ramadan 2023 Awesome TV.

Karya hebat!

Pelbagai rangkaian drama hebat istimewa buat peminat tempatan antaranya Jodoh Duda I sebanyak 18 episod, dibintangi Azrel Ismail, Elisya Sandha dan Syazwan Zulkifly untuk slot Rom Com bersiaran setiap Isnin hingga Rabu pukul 9.30 malam bermula 27 Mac lalu.

Kiblat Yang Hilang pula menampilkan barisan pelakon handalan seperti Laila Nasir, Azhan Rani, Zul Huzaimy, Sweet Qismina dan Wafariena yang mengambil alih slot Dramatix tayangan setiap Isnin hingga Ahad pukul 8.30 malam.

Tidak ketinggalan menyertai slot hiburan, beberapa filem menarik akan dipertontonkan antaranya Perempuan Melayu Terakhir, Show Me Your Love, Pua Chu Kang The Movie dan Men On The Dragon, setiap Isnin pukul 10 malam menerusi slot Monday Movie.

Selain itu, slot Filem Kita setiap hari Rabu pukul 10 malam yang membariskan naskhah-naskhah hebat tanah air turut menghiburkan penonton antaranya Gangster Celop, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Jalan Kembali: Bohsia 2 dan Bravo 5 menanti anda.

Menyertai senarai, program-program menarik berbentuk infotainment (maklumat hibur) turut tersedia dalam pelbagai genre seperti program masakan, food hunting, travelog dan bual bicara iaitu Jadi Ke Tak?, Riuh Bazram, Eat Clean With Anis, Resepi Most Wanted, Laki Masak Bini Lucky dan Ha Ha Ha S2.

Terdapat juga seleksi filem lain mewarnai slot hiburan sepanjang Ramadan, antaranya Labu dan Labi, Nasib Si Labu Labi, Kanchan Tirana, Anak Buloh Betong (untuk slot Ohsem Lejen) dan Dhadkan, Race 3 serta Kick menerusi slot Hindi Special.

Program santai

Lebih istimewa, turut disajikan sebuah program santai berjudul Relax! Jangan Gaduh yang bersiaran bermula hari ini setiap Ahad pukul 7.30 malam dihoskan pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Membicarakan perihal agama dan isu semasa dengan konsep debat bersama ahli panel, program tersebut menyaksikan ramai selebriti popular diundang terdiri daripada pasangan suami isteri, antaranya Jihan Muse dan Ungku Hariz, Pekin Ibrahim dan Mona Allen, Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos serta Zamarul Hisham dan Diana Rafar.

Sementara itu, untuk slot Sitcom yang menemui penonton setiap Sabtu dan Ahad pukul 9.30 malam menyajikan program Housemate Kiriman Tuhan dan Kau Yang Bernama Seri, kedua-duanya bersiaran selama 15 episod.

Bukan sekadar hiburan, pengisian program kerohanian turut menjadi keutamaan Awesome TV dengan membariskan beberapa rancangan menarik, antaranya Chit Chat Ustaz S3 serta Kekasih Awal dan Akhir yang dikendalikan oleh PU Amin, setiap Isnin hingga Ahad, 7 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI