fbpx

Penunggang masih hidup, bukan punca sekatan jalan raya JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang cedera dalam kemalangan itu.

KLANG – Polis menafikan dakwaan mengenai seorang penunggang motosikal maut akibat sekatan jalan raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kilometer 4.4 Lebuh Raya Selat Klang Utara di sini, kelmarin.

Perkara itu tular menerusi kiriman suara dan gambar dua pegawai JPJ berada berdekatan mangsa yang terbaring di jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan daripada waris lelaki berusia 21 tahun itu, pukul 9.24 tadi.

Tegas beliau, siasatan mendapati kemalangan itu berpunca mangsa hilang kawalan dan terbabas dari arah Bandar Sultan Suleiman menghala Shah Alam.

“Polis menafikan dakwaan mengatakan mangsa telah meninggal dunia berpunca JPJ membuat sekatan jalan raya berdekatan lokasi kejadian.

“Mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Vijaya Rao, pegawai JPJ yang tular menerusi gambar itu sedang membuat kawalan lalu lintas di lorong kanan bagi memastikan keselamatan mangsa.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Abdul Azim Mazlan di talian 013-4146144 atau balai polis berdekatan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI