fbpx

Lelaki enggan duduk sebelah penumpang gemuk dihalau dari pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tersebut mengakui berasa tidak selesa untuk duduk di sebelah individu berbadan gempal. – Getty Images

WASHINGTON – Seorang lelaki mendedahkan pengalaman dia diarahkan turun dari sebuah pesawat selepas membuat aduan mengenai perasaan tidak selesa untuk duduk di sebelah penumpang berbadan gemuk, lapor laman berita Fox News kelmarin.

Berdasarkan hantaran yang tular di laman perbincangan Reddit, lelaki yang tidak mendedahkan nama syarikat penerbangan itu berkata, ketika kejadian, dia mahu menaiki penerbangan pulang ke negaranya.

“Saya melihat seorang lelaki gemuk  duduk di kerusinya dengan sebahagian kerusi saya turut diduduki oleh individu itu.

“Saya sendiri bukan lelaki bersaiz kecil. Saya memiliki bahu yang lebar  dan tinggi 190 sentimeter. Jadi, saya akan berasa tidak selesa,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Tambahnya, dia terus mengadu kepada kru kabin mengenai isu tersebut, namun diberitahu bahawa individu terbabit turut menempah tempat duduknya untuk digunakan.

“Saya bertanya kepada mereka bagaimana situasi itu boleh berlaku sedangkan tempat duduk tersebut telah dibeli oleh saya. Saya menyatakan bahawa syarikat penerbangan tersebut mempunyai kualiti perkhidmatan yang tidak terlalu teruk beberapa tahun lalu (tidak seperti sekarang),” tulisnya.

Kata-kata itu membuatkan dia digelar biadab oleh kru kabin sebelum diarah turun dari pesawat dan dia diberitahu akan menerima pampasan.

“Lelaki gemuk itu  menggelar saya ‘fobia terhadap  orang gemuk’, manakala beberapa penumpang lain memerhatikan saya dengan pandangan skeptikal,” ujarnya.

Hantaran itu menerima pelbagai komen pengguna Reddit dengan ramai memberikan pendapat masing-masing.

“Dia menghina lelaki gemuk itu. Adakah dia ada cuba bercakap dengan penumpang tersebut supaya mengalihkan sedikit kedudukannya sebelum pergi mengadu kepada kru kabin? Cuba belajar untuk berdiplomasi,” kata seorang pengguna media sosial. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI