fbpx

Kanak-kanak terkunci kereta ibu di stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak perempuan terperangkap di dalam kereta di sebuah stesen minyak di Teluk Piah, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Seorang kanak-kanak perempuan terperangkap dalam kereta ibunya selepas tertekan tombol kunci pintu di sebuah stesen minyak di Teluk Piah di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu berlaku ketika mangsa berusia tiga tahun dipercayai bersendirian dalam kereta Proton Wira tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, sepasukan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 2.52 petang.

“Setibanya di lokasi, kanak-kanak itu didapati masih terkunci dalam kereta berkenaan.

“Pintu itu terkunci selepas mangsa menekan tombol kunci pintu dalam keadaan enjin tidak dihidupkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bomba menyelamatkan kanak-kanak perempuan terperangkap di dalam kereta di sebuah stesen minyak di Teluk Piah, Kuala Selangor.

Tambah Morni, mangsa dipercayai terkunci lebih lima minit sebelum diselamatkan bomba.

“Anggota kita berjaya membuka pintu kereta itu dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa tidak mengalami kecederaan dan diserahkan kepada keluarganya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI