fbpx

Euro 2024: McTominay pamer sentuhan luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCtominay (kiri) berjaya meledak empat gol dalam dua perlawanan kelayakan Euro 2024 kali ini selepas membenam Sepanyol dan Cyprus. – AFP

GLASGOW – Pengendali Scotland, Steve Clarke percaya pa­sukannya layak dilabel antara pilihan utama untuk mara ke pusingan akhir Euro 2024 selepas menumpaskan Sepanyol 2-0 pada aksi kelayakan Kumpulan A awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Hampden Park itu, pemain tengah Manchester United, Scott McTominay muncul wira apabila meledak dua gol untuk memastikan Scotland berada di landasan terbaik untuk layak ke kejohanan elit benua Eropah tahun depan.

Kata Clarke, sekarang bukanlah masa untuk mendabik dada, tetapi keputusan positif yang dilakar dengan meraih dua kemenangan berturut-turut pada aksi kelayakan menjadi bukti pasukan serius pada kempen kali ini.

“Sekarang belum lagi masa untuk tersenyum kerana anda tidak akan layak ke Euro dengan enam mata. Namun, pujian wajar diberikan kepada barisan pemain yang bekerja keras sepanjang minggu untuk teruskan momentum.

“Saya yakin keputusan ini akan membuka mata banyak pihak bahawa kami serius untuk tampil kompetitif dalam usaha layak ke pusingan akhir Euro,” katanya.

Sementara itu, McTominay percaya sorakan padu penyokong setia menjadi faktor mereka me­lakar kemenangan pertama ke atas La Roja sejak tahun 1984.

“Anda boleh lihat bagaimana stadium ini bergema dan apa yang kami lalui tidak pernah dialami sebelum ini. Saya harap mereka akan kenang perlawanan dan keputusan ini untuk tempoh 20 ke 30 tahun lagi,” katanya.

McTominay sebelum ini turut meledak dua gol ketika membantu Scotland menundukkan Cyprus pada aksi kelayakan pertama Sabtu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI