fbpx

Empat nelayan Indonesia selamat diserah kepada sekretariat kedutaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadzliana (tiga dari kanan) menyerahkan dokumen kepada Rizky (dua dari kiri) di Lumut semalam.

LUMUT – Empat kru bot nelayan warga Indonesia yang mengalami kerosakan enjin pada 22 Mac lalu di kedudukan 7.7 batu nautika barat laut Pulau Pangkor telah diserahkan kepada pemerintah Indonesia awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, mangsa diserahkan kepada sekretariat kedutaan Indonesia, Rizky Anugerah Putra sambil disaksikan pegawai konsulat, Gustav Wahyudi.

“Penyerahan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Komander Maritim Fadzliana Fadzil kepada wakil konsulat.

“Urusan penghantaran pulang mangsa akan dilakukan oleh pihak Indonesia sendiri. Wakil konsulat bersetuju menerima mangsa setelah selesai sesi pengesahan dan proses dokumentasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan bot dinaiki keempat-empat mangsa mengalami kerosakan enjin sebelum dibantu oleh aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak di perairan Pulau Pangkor.

Pada masa sama, Mohd. Hambali berkata, penyerahan mangsa warga Indonesia itu mencerminkan hubungan baik yang terjalin di antara Malaysia dan Indonesia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI