fbpx

Anwar tiba di China sertai BFA 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika tiba di Lapangan Terbang Qionghai Boao, petang tadi bagi menghadiri BFA 2023.-Foto Facebook Anwar

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Hainan hari ini bagi menghadiri Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia (BFA 2023) di China.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Qionghai Boao petang tadi, disambut Menteri Luar Negeri Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke Republik Rakyat China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin.

Anwar berkata, lawatan tersebut cukup bermakna bukan sahaja bagi mengukuhkan lagi hubungan diplomatik Putrajaya dan Beijing yang terjalin sejak 1974 malah, amat besar harapan agar China kekal sebagai antara rakan dagang terbesar kita.

“Di Hainan, saya juga dijadual akan menghadiri serta menyampaikan ucaptama di BFA 2023,” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya malam ini.

Ahli Parlimen Tambun itu, berdepan jadual padat di republik berkenaan selama empat hari bermula hari ini.

Antara program yang akan dihadiri Perdana Menteri itu adalah majlis berbuka puasa yang akan dihadiri lebih 200 rakyat Malaysia di China dan delegasi Malaysia di Beijing.

Selain itu, Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan di Universiti Tsinghua, yang merupakan salah satu universiti tersohor di republik itu.

Anwar turut akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden China, Xi Jinping selain menghadiri iftar yang dianjurkan oleh Malaysia-China Chamber of Commerce pada 31 Mac serta dijadual terlibat Mesyuarat Meja Bulat bersama pelabur-pelabur berprofil tinggi dan tokoh-tokoh korporat China diikuti dengan Forum Perniagaan membabitkan 1,000 orang peserta dari kedua-dua negara.

Turut mengiringi dalam lawatan rasmi berkenaan ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI