fbpx

Wanita minta netizen cari tunang lesapkan wang lebih RM58,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Grace berusaha mencari lokasi Paulus. – Twitter

JAKARTA  –  Seorang wanita di Indonesia meminta bantuan pengguna media sosial untuk mengesan tunangnya yang lesap bersama wang miliknya berjumlah ratusan juta rupiah, lapor portal berita Okezone semalam.

Berdasarkan hantaran di laman Twitter, Grace Given berkata, tunangnya, Paulus Marulitua Sinaga hilang secara tiba-tiba. Dia hanya meninggalkan sebentuk cincin dan sepucuk surat.

“Twitter, lakukan keajaibanmu! Tunang saya hilang dan meninggalkan cincin serta surat. Lebih teruk, dia membawa lari wang saya  berjumlah hampir 200 juta rupiah (RM58,349),” katanya menerusi hantaran tersebut.

Tambah Grace, dia berusaha mencari lokasi Paulus termasuk mencari keluarga tunangnya itu. Namun, ternyata keluarga  Paulus  turut menghilangkan diri pada awalnya. Bagaimanapun, selepas berjaya menemui mereka, Grace pula dituduh memaksa Paulus dan mempergunakan lelaki itu untuk mengahwininya.

“Saya menangis. Mereka mendakwa kami bertunang kerana dipaksa oleh keluarga saya, padahal semuanya dirancang sendiri oleh kami berdua.

“Majlis pertunangan juga semuanya menggunakan wang saya. Paulus berkata bahawa selepas selesai majlis pertunangan, semua perbelanjaan akan dibahagi dua. Namun, selepas majlis selesai, dia dan keluarganya pulang ke kampung dan menghilangkan diri,  manakala saya dituduh kurang siuman,” ujar Grace. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI