fbpx

Pembantu kedai makan ditahan, dadah lebih RM78,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMLI (dua dari kiri) menunjukkan 31 bungkus daun kering yang dimampatkan disyaki dadah jenis ganja yang dirampas dalam satu serbuan di Kuantan dalam sidang akhbar di IPK Pahang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Kegiatan seorang pembantu kedai makan yang melakukan aktiviti pengedaran dadah di daerah ini tumpas selepas suspek ditahan dalam satu serbuan dilakukan pihak polis di Jaya Gading di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam serbuan pada 21 Mac lalu itu pihak polis turut merampas 31 bungkus dadah jenis ganja bernilai RM78,207.50 yang merupakan rampasan terbesar dadah di Pahang setakat Mac tahun ini.

Katanya, suspek yang berusia 28 tahun itu ditahan di Jaya Gading bersama bersama satu kilogram ganja dipercayai untuk edaran di lokasi tersebut.

“Hasil soal siasat ke atas suspek, pihak polis telah berjaya mendapatkan maklumat berkaitan suspek yang menyimpan dadah jenis ganda di kawasan bangsal tepi rumahnya yang terletak di Kampung Chendering, di sini.

“Hasil serbuan di kawasan bangsal terbabit telah menemui satu guni yang terdapat dua ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 1.5 kilogram dan satu bekas plastik yang terdapat 30 ketulan mampat daun kering dipercayai dadah jenis ganja dengan anggaran berat 29.8 kilogram,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, hari ini.

Tambahnya dalam serbuan itu juga, polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang digunakan suspek ketika melakukan aktiviti pengedaran dadah di sekitar Jaya Gading dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, hasil saringan awal ke atas suspek mendapati lelaki berkenaan mempunyai lapan rekod jenayah lampau selain turut didapati positif dadah jenis methamphetamine. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI