fbpx

Hong Kong harap cuaca baik menentang Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDERSEN (kiri) dan Wang Kit bercakap pada sidang akhbar menjelang aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 antara Malaysia dan Hong Kong di Hotel Thistle, Johor Bahru semalam. – RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Hong Kong mengakui berdepan kesukaran mendapatkan kesebelasan terbaik menentang Malaysia pada aksi persahabatan antarabangsa Tier-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

Ketua jurulatihnya, Joern Andersen berkata, ada beberapa pemain masih beraksi pada Liga China dan sukar mendapatkan pelepasan dari kelab.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, pihaknya membawa masuk dua pemain skuad bawah 22 tahun (B-22) Hong Kong baru selesai menentang skuad B-22 Malaysia semalam ekoran ­kece­deraan dialami dua pemainnya.

“Pada Jun tahun lalu, akibat Covid-19, kami tidak dapat memanggil pemain yang beraksi di China tapi kali ini ada sedikit kelegaan kerana pemain kami mahukan akan boleh beraksi, ­namun ada yang tidak dapat sertai akibat ada saingan liga di China.

“Ada juga beberapa pemain tidak mengalami kecederaan dan mereka tidak bersama kami untuk aksi persahabatan ini, seorang lagi tidak bersama kerana mempunyai masalah pasportnya iaitu Helio José de Souza.

“Apa pun, kami tetap datang dengan barisan terbaik selepas beraksi menentang Singapura. Walaupun seri 1-1, namun kami mendominasi dengan melakukan serangan bertali arus, cuma cabarannya pihak lawan bermain secara bertahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena aksi antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong di Hotel Thistle semalam.

Tambah Andersen yang ber­asal dari Norway itu, beliau bagaimanapun sedar dengan taktikal menyerang dan serangan pantas yang dimainkan oleh ­Harimau Malaya termasuklah pada perlawanan esok.

“Pastinya kita sudah perbaiki kelemahan yang dikesan semasa menentang Singapura sebagai persiapan menghadapi Malaysia yang bermain dengan corak permainan berintensiti tinggi dan permainan terbuka.

“Saya juga berharap cuaca esok akan lebih baik dan tidak hujan, kerana ketika ini latihan agak sukar disebabkan padang basah kerana hujan,” jelasnya.

Sementara itu, pemain bek kanan Hong Kong, Tsui Wang Kit pula memberitahu, pihaknya enggan menjadikan kekalahan 0-2 kepada Harimau Malaya tahun lalu sebagai sandaran kemampuan pasukannya kali ini.

“Kekalahan itu sudah dilupakan, sebaliknya kami akan memberitahu sepenuh tumpang kepada perlawanan esok. Kami akan lakukan sebaiknya untuk mem­buru kemenangan dan menentang permainan pantas Malaysia.

“Kami tidak gentar dengan kualiti Malaysia, malah kami akan bermain lebih agresif, saya sendiri akan bermain secara bertahan tetapi akan turut membantu jentera serangan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI