fbpx

Himpunan lima planet serentak di angkasa malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej simulasi suasana lima planet yang berada dalam jajaran sebaris dan dapat disaksikan dari bumi awal malam ini.

PUTRAJAYA- Peminat astronomi tempatan dijangka teruja apabila sejumlah lima planet dalam Sistem Suria dapat dicerap dengan mata kasar sahaja sepanjang malam ini.

Menurut laporan Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa (NASA), ia bakal melibatkan Marikh, Uranus, Utarid, Musytari dan Zuhrah.

Kesemua planet berkenaan dapat disaksikan dengan indah dan cerah antara satu sama lain pada sektor 50 darjah kaki langit ke arah barat.

“Untuk Malaysia pula, panorama alamiah nadir itu dapat dilihat jelas dengan unjuran waktu berlaku selama hampir sejam dari pukul 9 malam ini sebelum mula hilang beransur-ansur.

“Sekiranya terlepas detik berkenaan, peluang itu sekali lagi hanya akan muncul selepas 17 tahun kemudian atau pada sekitar 2040 nanti,” katanya.

Zuhrah atau juga disebut sebagai bintang Kejora iaitu planet kedua paling dekat dengan matahari dijangka amat cerah dan dapat dilihat walaupun di lokasi ada pencemaran cahaya.

“Sementara Marikh yang merupakan planet keempat daripada matahari dan kedua terkecil dalam Sistem Suria dapat disaksikan seumpamanya berada di sebelah imej bulan sabit.

“Mereka yang ingin melihat kelima-lima planet tersebut dengan lebih jelas disarankan supaya mengguna pakai teropong jenis binokular atau teleskop terutama bagi mencerap Uranus,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI