fbpx

4 tahun tidak bertemu, anak pengasas Dnars Skincare tuntut hadanah adik bongsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Irdiena Hakim (dua dari kanan) ketika ditemui pemberita selepas prosiding Sulh di Mahkamah Tinggi Syariah, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH/KOSMO!

KOTA BHARU – Anak kedua kepada pengasas produk kecantikan, Dnars Skincare memfailkan tuntutan hak penjagaan (hadanah) adik bongsunya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selepas tidak dibenarkan untuk bertemu dengan kanak-kanak itu sejak empat tahun lalu.

Tuntutan itu dibuat oleh tiga plaintif iaitu Irdiena Hakim Jasman, 20, bersama neneknya, Khatijah Mirdin, 71, dan ibu saudara, Faradila Rohban Ahmadn,36.

Mereka hanya membuat tuntutan hadanah untuk hak lawatan, bermesra, dan bermalam terhadap Qaseh Khadija Ahmad Shahrizal, 10, yang merupakan adik tiri kepada Irdiena Hakim.

Ketiga-tiga plaintif itu diwakili dua peguam syarie, Naemah Saupi dan Shaharuddin Mohamed.

Irdiena Hakim ketika ditemui pemberita berkata, dia membuat permohonan itu selepas bapa tirinya selaku defendan, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 46, tidak membenarkan dia berjumpa dengan adik bongsunya.

Menurutnya, dia tidak bertemu dengan Qaseh Khadija sejak empat tahun lalu selepas kematian ibunya, Faziani Rohban Ahmad yang merupakan pengasas Dnars Skincare.

“Dengan permohonan hadanah ini, saya berharap keputusan dapat dibuat oleh Qaseh Khadija melalui pihak mahkamah. Jika dia mahu tinggal bersama kami, saya sangat bersyukur dengan pilihannya itu.

“Saya hanya mahu bertemu dengannya memandangkan dia anak bongsu daripada empat beradik. Semasa ibu masih ada, kami tidak pernah berpisah. Kali terakhir saya bertemu dengan Qaseh Khadija pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu ketika menziarahi kubur arwah ibu,” katanya.

Katanya, keengganan bapa tiri memberi ruang untuk berjumpa dengan Qaseh Khadija sekali gus menyebabkan emosinya terganggu dan tertekan sehingga perlu mendapatkan khidmat pakar psikologi.

Sementara itu, Naemah berkata, pihaknya memfailkan permohonan di bawah Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan Tahun 2002.

Menurutnya, seksyen itu memperuntukan kanak-kanak diberi peluang untuk memilih tinggal bersama plantif-plantif atau defendan berdasarkan Hukum Syarak dan Seksyen 85(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Tahun 2002.

“Prosiding Sulh iaitu kedua-dua pihak yang terlibat di dalam suatu pertikaian terhadap satu atau beberapa tuntutan gagal dicapai hari ini ekoran defendan tidak hadir.

“Sehubungan itu, kes ini akan dibawa ke peringkat perbicaraan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI