fbpx

Warga India berdepan tali gantung didakwa bunuh pesara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka hari ini.

MELAKA – Seorang lelaki warga India berdepan tali gantung selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian pesara, bulan lalu.

Tertuduh, S.Logamurugan, 27, hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang lelaki, Sa’adon Sahat, 57.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira antara pukul 2.44 pagi hingga 3.10 pagi di belakang bangunan premis Jalan PPM 4, Plaza Pandan Malim, Melaka Tengah pada 27 Februari 2023 lalu.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh yang bekerja sebagai tukang gunting rambut didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 10 Mei ini sebagai sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat kematian mangsa.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pesara maut selepas dirempuh sebuah kereta gara-gara menegur muzik dipasang dua individu di dalam kenderaan tersebut terlalu kuat di Plaza Pandan Malim di sini, pada 27 Februari lalu.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 pagi itu, mangsa berusia 57 tahun bagimanapun disahkan meninggal dunia selepas 11 jam bertarung nyawa di Hospital Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI