fbpx

Polis minta orang ramai bantu kesan Syafiq Raj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIQ RAJ

MELAKA – Polis memburu seorang lagi suspek kes bunuh pesara yang dirempuh sehingga mati gara-gara menegur muzik dipasang dua individu di dalam sebuah kereta terlalu kuat di Plaza Pandan Malim di sini, 27 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek dikenali sebagai Syafiq Raj Kalai berusia 27 tahun yang masih bebas sehingga sekarang.

“Kita masih giat memburu Syafiq Raj bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang pesara dalam kejadian di Plaza Pandan Malim pada 27 Februari lalu.

“Pada hari kejadian seorang lelaki iaitu salah seorang suspek telah berjaya ditangkap di kawasan Ayer Keroh dan kita telah merampas sebuah telefon bimbit serta pakaian yang dipakai semasa kejadian,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Ujarnya, justeru pihaknya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan suspek untuk segera memaklumkan kepada pihak polis.

“Maklumat boleh terus disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Nazam Md. Shah di talian 012-7221913,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pesara maut selepas dirempuh sebuah kereta gara-gara menegur muzik dipasang dua individu di dalam kenderaan tersebut terlalu kuat di Plaza Pandan Malim di sini.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 pagi itu, mangsa berusia 57 tahun disahkan meninggal dunia selepas 11 jam bertarung nyawa di Hospital Melaka.

Menurut anak mangsa berusia 20-an, kejadian berlaku selepas dia dan bapanya menegur dua lelaki menaiki kereta jenis Perodua Axia yang memasang muzik terlalu kuat di kawasan rumahnya di Kampung Padang dekat sini.

Dia bagaimanapun tidak menyangka pemandu tersebut bertindak melanggar serta menyeret bapanya sejauh kira-kira 20 meter ke belakang kedai.

Tambahnya, dia juga sempat melihat mangsa berpaut di atas bonet kereta tersebut sebelum terjatuh dalam keadaan berlumuran darah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI